Jenis Pengguguran

Home Jenis Pengguguran

JENIS-JENIS PENGGUGURAN/ CUCI RAHIM DI MALAYSIA

Inilah penting untuk memahami jenis-jenis pengguguran atau cuci rahim yang terdapat di Malaysia sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Keguguran semulajadi (spontan)
Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:
  • Replika kromosom yang tidak normal
  • Faktor alam sekitar
  • Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan
Keguguran Perubatan (terapeutik)
Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:
  • Bagi menyelamatkan nyawa ibu
  • Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu
  • Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk
Keguguran secara paksaan
Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:
  • Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi
  • Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran
  • Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan
  • Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif

CARA-CARA PENGGUGURAN/ CUCI RAHIM DI MALAYSIA

Pengguguran Perubatan (Medikal)
  • Juga dikenali sebagai pengguguran kimia menggunakan pil pengguguran
  • Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan misoprostol, biasanya dilakukan di peringkat awal kehamilan (bawah 12 minggu)
Pengguguran pembedahan (Surgikal)
  • Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik – menggunakan mesin elektronik) – bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu
  • Dilatasi dan pengkuretan (D&C) – bagi usia kandungan 15-24 minggu
  • Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi – bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat minggu
Komplikasi (KESAN SAMPINGAN MEMUDARATKAN) pengguguran secara paksaan
  • Pangkal rahim terkoyak
  • Tertembus rahim
  • Pendarahan teruk
  • Jangkitan pada organ pembiakan
  • Kemandulan
  • Kematian – disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang tidak terkawal